Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PATAH JIWA | Patah jiwa ialah istilah yang selalu digunakan untuk merujuk kepada sebarang kelesuan yang disebabkan oleh terlalu teruk bekerja sehingga menghidap penyakit jiwa yang parah. | UMUM | |
SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUAZZAM SYAH II | SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUAZZAM SYAH II ( ? -1778), Sultan Kedah yang ke-19 (1710-1778). Baginda ialah putera Sultan Abdullah Muazzam Syah (1698-1706). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ROH | Nama kepada jiwa manusia dan juga kepada aspek nyawa manusia. | AGAMA | Konsep |
TEOSOFI | Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa pengetahuan yang sebenar berpunca daripada perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran suci, dan bukannya melalui logik atau deria. | UMUM | |
REGGAE | Reggae ialah sejenis muzik popular yang dikembangkan di Jamaica pada tahun 1960-an. Pada mulanya, reggae dipersembahkan khusus untuk rakyat Jamaica yang miskin. Kemudiannya Reggae menjadi popular di seluruh Jamaica dan England serta Amerika Syarikat. Reggae mempengaruhi jiwa irama blues dan muzik rock. | UMUM | |
BERTAPA | BERTAPA, usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang. Bertapa juga disebut tapa yang membawa makna yang serupa. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
DOSTOEVSKY, FYODOR | Dostoevsky, Fyodor (18211881) merupakan salah seorang penulis paling terkemuka dalam kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi watak hebat. Watak yang bersifat individu dan kompleks biasanya menghasilkan plot yang dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia. | UMUM | |
THOMPSON, FRANCIS | Thompson, Francis (18591907) ialah penyair Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi yang menggambarkan kepercayaannya yang mendalam terhadap Roman Katolik. The Hound of Heaven (1893) ialah karyanya yang paling terkenal. Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang terawang-awang. | UMUM | |
AWAN | Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais halus yang terapung di udara. Awan putih gebu yang terapung merentang langit biru, atau awan yang berwarna-warni pada waktu matahari terbenam merupakan sebahagian daripada keindahan semula jadi. Awan juga memainkan peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan. Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia menurunkan hujan batu atau tornado. | UMUM | |
MAKHLUK HALUS | MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain. | BUDAYA | Kepercayaan |
|
Tesaurus |
---|
| jiwa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus, Berantonim dengan jasad
2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup, Berantonim dengan zahir
3. Rujuk kasih kekasih
| Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.
Lihat selanjutnya... |
|