Pasang surut ialah turun naik paras air di kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan berenang semasa air sedang pasang dan mencari kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang surut air juga menandakan waktu bermula atau berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau masuk pelabuhan. |