Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU | HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan 153, Perlembagaan Malaysia. Konsep ini ialah satu konsep perundangan tentang status orang Melayu. Perkara 153 sebenarnya bertajuk Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya, untuk orang Melayu. Namun begitu, dalam Perkara 153, terselit ungkapan yang berbunyi kedudukan istimewa orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU | KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU, KAMUS YANG DISUSUN OLEH Abdullah Hussain dan diterbitkan untuk kali pertama oleh Oxford University Press pada tahun 1965. Cetakan kedua diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Versi ini telah diperbaiki dan diterbitkan pada tahun 1975. Kamus ini juga diulang cetak beberapa kali dan kali terakhirnya ialah pada tahun 1993. Dalam versi terakhir ini, ejaannya disesuaikan dengan ejaan baru. | BAHASA | Penerbitan |
DUNIA | Dunia ialah planet bumi yang dipandang istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam sejagat ini. | UMUM | |
KUPU-KUPU BOGONG | Kupu-kupu bogong ialah makanan istimewa yang digemari oleh Orang Asli Australia semasa mereka mendiami kawasan Alps Australia yang dinamakan Dataran Tinggi Bogong. | UMUM | |
KAD UCAPAN | Kad ucapan ialah tanda bagi sesuatu peristiwa yang istimewa atau yang mengandungi ucapan alu-aluan kepada orang yang menerimanya. | UMUM | |
KESUSASTERAAN WALES | Kesusasteraan Wales mempunyai kepentingan istimewa dalam kalangan orang Wales. Para penulis Wales sentiasa dihormati dan berasal daripada pelbagai bidang dan latar belakang. | UMUM | |
DAVIS, SIR COLIN | Davis, Sir Colin (1927 ) ialah pemimpin orkestra Inggeris dan mempunyai kemampuan yang istimewa dalam menginterpretasi keaslian dan kesegaran sewaktu menjalankan tugasnya. | UMUM | |
SPIELBERG, STEVEN | Spielberg, Steven (1947 ) ialah pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat. Dia ialah juruteknik istimewa yang mempunyai kepakaran dalam mengolah ceritanya dengan gaya yang mendebarkan. | UMUM | |
KAMUS LENGKAP | KAMUS LENGKAP, kamus yang diterbitkan oleh Pustaka Zaman (1986) dan disusun oleh Awang Sudjai bin Hairul Yusoff Khan. Kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa (Melayu-Inggeris) yang memaparkan keseluruhan unit leksikal sesuatu bahasa. Kamus Lengkap menggariskan beberapa ciri yang istimewa yang istimewa yang membezakannya daripada jenis kamus yang setaraf dengannya. Seperti yang tercatat dalam kata pengantarnya, kamus ini memuatkan hampir 55 000 kata masukan yang dianggap terbesar selain Kamus Inggeris-Melayu Dewan (38 000 entri, tidak termasuk kata turunan). Sejak penerbitan pertama pada tahun 1977, kamus ini telah dikemas kini untuk edisi 1988 dengan perubahan besar, iaitu menggunakan ejaan Rumi baru. | BAHASA | Penerbitan |
YELLOWHAMMER | Yellowhammer ialah nama bagi burung bunting yang hidup di Eropah. Ia adalah burung istimewa, lebih kurang 16 sentimeter panjangnya, dengan ekornya yang agak panjang. Burung jantan mempunyai kepala dan dada berwarna kuning terang dengan tanda-tanda berwarna gelap. | UMUM | |
|
|