Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang mati berkomunikasi dengan orang yang hidup. Orang yang mempercayai okultisme menganggap bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak dimiliki oleh orang biasa. |