Kata |
Takrif |
Sumber |
kebijaksanaan | kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebijaksanaan | perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebijaksanaan | kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. | Kamus Pelajar |
hikmah | 1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hikmat perang | kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk berperang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikmah | 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keulungan | perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran: ~nya terletak pd ke-tajaman penanya dlm berpolemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi | 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mosi kepercayaan | mosi yg menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehandalan | keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
advisability | n kebijaksanaan: to question the ~ of the action taken, mempersoalkan kebijaksanaan tindakan yg diambil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
discretion | n 1. liberty to make decisions, budi bicara, kebijaksanaan: the approval of the plan is subject to the directors ~, pelulusan rancangan itu tertakluk kpd budi bicara pengarah; at the ~ of so., at sos ~ /atas, mengikut/ /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; use os ~, menggunakan /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; 2. prudence, circumspection, berhati-hati; (of person) kebijaksanaan: ~ is the better part of valour, berhati-hati lebih baik drpd bertindak berani; /age, years/ of ~, usia dewasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fount1 | n; the ~ of (all) /knowledge, wisdom/, sumber (segala) /pengetahuan, kebijaksanaan/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
diplomacy | n 1. act, practice of conducting relations between nations, diplomasi: the agreement was the result of professional ~, perjanjian itu ialah hasil diplomasi profesional; 2. tact, diplomasi, kebijaksanaan: she showed no ~ in her handling of the problem, dia tdk menunjukkan diplomasi dlm mengendalikan masalah itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
doubtful | adj 1. feeling doubt, having misgivings, (berasa) ragu-ragu: Im still ~ about the result, saya masih ragu-ragu ttg keputusan itu; the management was ~ of the wisdom of her actions, pihak pengurusan berasa ragu-ragu ttg kebijaksanaan tindakannya; you look ~, kamu kelihatan ragu-ragu; 2. causing doubt, meragukan, menyangsikan, menimbulkan /keraguan, kesangsian/: his account of the incident is rather ~, ceritanya ttg kejadian itu meragukan; a ~ reply, jawapan yg meragukan; 3. debatable, diragui: its ~ whether we can meet the deadline, adalah diragui sama ada kita dapat menepati tarikh akhir; 4. unsettled, belum tentu (lagi): the future seems ~, masa depan belum tentu lagi; 5. questionable, causing suspicion, mencurigakan: his travel documents looked ~, so we had them checked out, dokumen perjalanannya mencurigakan, jadi kami memeriksanya; a ~ character, orang yg mencurigakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exercise | vt 1. make use of, a. (power, influence, right, judgement discretion, etc) menggunakan: everyone should ~ his right to vote, semua orang mesti menggunakan haknya utk mengundi; it is necessary to ~ the utmost discretion when making these inquiries, adalah perlu menggunakan kebijaksanaan yg sepenuhnya apabila membuat pertanyaan-pertanyaan itu; b. (leniency, caution, patience, tolerance) bersikap [adj], ber- [adj]: you will have to ~ patience with him, kamu mesti bersikap sabar dengannya; this is a very sensitive issue and one must ~ great caution in dealing with it, ini ialah isu yg sensitif dan kita mesti berhati-hati dlm menanganinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
infinite | adj 1. limitless, boundless, tdk /terhad, terbatas/: ~ space, ruang angkasa yg tdk terhad; in tropical rain forests, there is an ~ variety of plants, dlm hutan hujan tropika terdapat kepelbagaian jenis pokok yg tdk terbatas; 2. very great, sangat, amat: she took ~ trouble over the meal, dia amat bersusah payah menyediakan makanan itu; a man of ~ wealth, orang yg sangat kaya; her patience was ~, dia sangat sabar; 3. absolute, tdk /terbatas, terhad/; (in Islam) Maha: Gods ~ wisdom, kebijaksanaan Tuhan yg tdk terbatas or Tuhan yg Maha Bijaksana; the ~ mercy of God, Tuhan yg Maha Pengampun; 4. (math) tak terhingga: ~ series, siri tak terhingga; ~ gradient, cerun tak terhingga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
voice | suara | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka. |
rubai | rubai | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis rubai. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Rubai mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap rubai mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan rubai sebelum atau sesudahnya. Contoh rubai Parsi karya Abu Said-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Rubai ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang rubai. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bantugan Bj | orang yang tersohor kerana kegagahan dan kebijaksanaan. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kebijaksanaan | [ke.bi.ja/.sa.na.an] | کبيجقساناءن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebijaksanaan |
|
|