Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERANG DINGIN | Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi memerihalkan persaingan hebat yang tercetus selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara kumpulan negara komunis dengan negara bukan komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur . Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada peperangan sebenar atau perang panas pada skala yang luas. | UMUM | |
DRYDEN, JOHN | Dryden, John (16311700) ialah penulis Inggeris yang hebat semasa zaman Pemulihan (kira-kira dari tahun 1660 hingga tahun 1700). Dia turut berjaya sebagai seorang penyair, dramatis dan pengkritik sastera. | UMUM | |
SOPHOCLES | Sophocles (lebih kurang tahun 496tahun 406 S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi penulis tragedi ialah Aeschylus yang paling awal daripada mereka bertiga dan Euripides. Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari drama sebabak. | UMUM | |
ABU AL-ALIYAH RUFAY | Abu al-Aliyah Rufay (? 93 H./? 711 M.), imam yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al- Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW, usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun mempelajari Islam. Dia sering mendengar pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Masud, Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn Kab. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah belajar qiraat dengannya. Antara mereka ialah Suayb ibn al-Habhab, dan Abu Amru ibn al-Aka. Dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal dengan sifatnya yang zuhud, warak dan mengelakkan diri daripada fitnah. | UMUM | |
DOSTOEVSKY, FYODOR | Dostoevsky, Fyodor (18211881) merupakan salah seorang penulis paling terkemuka dalam kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi watak hebat. Watak yang bersifat individu dan kompleks biasanya menghasilkan plot yang dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia. | UMUM | |
REFORMASI | Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun 1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian, Protestanisme lahir di Eropah. | UMUM | |
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS | Pertempuran Muktamad Lima Belas merupakan pertempuran yang mempunyai kesan dan makna yang hebat sehingga ia mengubah sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya dikenali sebagai pertempuran muktamad atau penentu. Sir Edward Creasy (18121878), seorang ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian telah berlaku. | UMUM | |
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE | Smollett, Tobias George (17211771) ialah salah seorang penulis novel awal Inggeris yang hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama. Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial yang getir, dan semangat lucunya yang meluas. | UMUM | |
OISTRAKH, DAVID | Oistrakh, David (19081974), pemain biola Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich mencipta muzik kamar dan konsert biola untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin yang terkenal dan guru biola yang cemerlang. Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya, Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di seluruh dunia. | UMUM | |
ANDERSON, ELIZABETH GARRETT | Anderson, Elizabeth Garrett (18361917) merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia memperoleh ijazah perubatan di University of Paris. Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya ahli wanita British Medical Association. Dia merupakan ketua jabatan London School of Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital yang mengambil sempena namanya. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| hebat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,
2. Rujuk hangat 3
| Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan, |
|
Puisi |
---|
|
Teluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri; Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi.
Lihat selanjutnya... |
|