Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
ARTIK | Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik, beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian waktu siang, dari bulan Mac hingga September. | UMUM | |
GERAKAN BROWN | Gerakan Brown, gerakan zarah pepejal secara rawak dan berterusan di dalam cecair atau gas yang disebabkan perlanggaran molekul cecair atau gas dengan zarah pepejal tersebut secara berterusan. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
SATELIT TIRUAN | Satelit tiruan ialah objek buatan yang mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk mengkaji alam semesta, membantu dalam peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon merentas lautan, membantu pengemudian kapal dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan peralatan tentera di bumi. | UMUM | |
PERANG MEXICO | Perang Mexico (18461848) ialah pertempuran antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana perselisihan yang berterusan selama dua dekad. Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah, hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta bahagian Colorado dan Wyoming daripada Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang itu merupakan serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap sebuah negara yang lemah. | UMUM | |
KITARAN HIDROLOGI | Kitaran hidrologi ialah pergerakan air yang berterusan dalam pelbagai bentuk dari permukaan laut ke bumi, dan dari bumi ke laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TITIAN | Titian (1487?1576) ialah pelukis dari Venice semasa Zaman Renaissance di Itali. Dalam kerjayanya yang panjang yang berterusan selama 70 tahun, dia menjadi seorang daripada pelukis yang paling berpengaruh dan berjaya dalam sejarah seni lukis. Hasil karya Titian termasuk potret dan lukisan mitos dan peristiwa agama. Dia mencipta satu bentuk gaya yang banyak mempengaruhi seni lukis Eropah selama lebih 200 tahun. | UMUM | |
TERMOSFERA | Termosfera ialah lapisan paling atas di atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480 kilometer di ruang angkasa. Termosfera mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali lebih rendah daripada tekanan di aras laut. Termosfera terdedah sepenuhnya kepada sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada 93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi 1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas termosfera. | UMUM | |
PNEUMOTORAKS | Pneumotoraks ialah udara atau gas yang terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding dada. Satu membran yang tipis dan berterusan dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar paru-paru dan bahagian dalam dinding dada. Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang berhampiran rapat pada bahagian dalam dada. Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti udara dan gas yang banyak terdapat di antara bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru- paru di bahagian itu tidak akan dapat mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran bernafas dan paru-paru akan menguncup. | UMUM | |
TAMIL NADU | Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India. Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri Dravidia di India dan mempunyai sejarah kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada 2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India , Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar. Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil. Ibu negerinya ialah Madras. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| terus | 1. Bersinonim dengan langsung ( lantas, tidak singgah, ) (kata tugas:) Berantonim dengan singgah
2. Bersinonim dengan bergerak ( berjalan) (kata kerja:) Berantonim dengan berhenti
3. Bersinonim dengan tembus ( lantas, langsung, lolos, jurus, ) (adjektif:)
4. Bersinonim dengan segera ( lalu, langsung, lantas, justeru, ) (adverba:)
5. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan terhenti-henti
| Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan, |
|
|