Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELESUAN | Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan. Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia berasa lesu apabila letih. Apabila seseorang itu bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh, kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat. Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit jasmani sering berasa lesu walaupun hanya selepas membuat kerja ringan atau menggunakan sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat yang banyak, sering kali jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat. Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku jika seseorang itu menghidap banyak jenis penyakit. | UMUM | |
PERANG SIFFIN | Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah Uthman ibn Affan. Perang ini berlaku selepas perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab berlakunya perang ini ialah Sayidina Ali ibn Abu Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir yang dilantik oleh Khalifah Uthman ibn Affan berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka yang dipecat ialah Muawiyah ibn Abi Sufyan yang merupakan orang yang bersungguh-sungguh menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman. Setelah Muawiyah tetap dengan penentangannya terhadap Ali, dia berazam untuk memeranginya. Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin, lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari. | UMUM | |
PERANG KRIMEA | Perang Krimea (18531856) ialah perang antara tentera Rusia dengan tentera Berikat dari Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki), SardiniaPiedmont, dan United Kingdom. Nama perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea, sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine, tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun, sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau itu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 481 Practice makes perfect Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|