Musset, Alfred de (18101857) ialah dramatis dan pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya yang bersopan santun. Karya-karyanya secara kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes. Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834), merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence, Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun 1896. |