Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila keupayaan mengawal otot berkurang akibat kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran. Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau kecederaan lain. |