Muslim ibn Aqil, tabii yang cerdik, alim serta berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn Aqil ibn Abu Talib ibn Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Ketika al-Husayn ibn Ali berhajat untuk keluar menghadapi Yazid ibn Muawiyah, dia telah dihantar oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn menerima banyak surat yang menyerunya agar datang ke Kufah untuk dibaiah. |