SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. |
|
Tesaurus |
---|
| tajam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan, Berantonim dengan tumpul
2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding, Berantonim dengan pepat
3. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding, Berantonim dengan lunak
| Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 599 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|