Kata |
Takrif |
Sumber |
sayat I | potong nipis-nipis, hiris; dua ~ dua potong (kerat); kurang se~ sebelanga prb sesuatu yg hanya sedikit sahaja kurangnya; menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati; tersayat terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajam I | 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayat | penjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong atau yg dihiris; potong; kerat: kurang se~ sebelanga. menyayat 1 memotong sesuatu tipis-tipis dgn benda tajam; meracik sesuatu halus-halus: ~ daging. 2 menghiris utk memisah-misahkan atau utk menguliti: ~ ayam menanggalkan kulit ayam dr dagingnya. 3 ki menimbulkan rasa pedih (hati dsb): Peristiwa pembunuhan itu memang ~ hati. tersayat 1 terpotong atau terhiris sedikit; terkoyak sedikit: Hujung jarinya ~ kena sembilu. 2 ki tersinggung (perasaan) yg amat sangat; terasa pedih (hati dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kamus Sains.indb keguguran. (UBAT) abortus fever (demam abortus) Lihat brusellosis. (UBAT) abrasion resistance (rintangan lelasan) Rintangan terhadap geseran permukaan yang berlaku pada struktur. (KEJ) abreaction (abreaksi) Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air androginus) Merujuk kepada kulat yang mempunyai anteridium dan oogonium pada hifa yang sama. (BIO) anatomy androgynous Kamus Sains.indb 62 7/8/08 11:46:00 AM 63 androphobia (androfobia) Perasaan tidak suka atau benci kepada lelaki. (UBAT) androphore (androfor) Cabang hifa yang mendukung anteridium seperti pada kulat Pyrenomycetes tertentu. (BIO) androsterone (androsteron) Hormon steroid daripada kelas androgen yang dirembeskan oleh
|
Kamus Thai 2.indb ranap akibat letupan bom. 2 (ยานพาหนะ) remuk: รถเบนซ ์ คันนั้ นปนปี้ เพราะถูกรถเทรลเลอร ์ ชน Kereta Mercedes itu remuk dilanggar trelar. ปม [pom] น simpulan ปมด ้ อย [-d:y] น perasaan rendah diri ปมเด ่ น [-den] น perasaan tinggi diri ปรนัย [p:ranai] ว objektif ปรปักษ ์ [p:rapak] ดู ปฏิปักษ ์ ปรโลก [p:ralo:k] น alam akhirat ปรกติ [prokkati] ดู ปกติ ปรง [pro] น pakis, paku
|
|
|