SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika tuan merendam jagung, Saya merendam si buah padi; Jika tuan pulang ke kampung, Saya tinggal susah hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing. |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 323 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|