SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBintang tidak terbit pagi, Diselaput oleh awan putih; Puan sudi sampai ke mari, Saya memberi terima kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau membeli buah delima, Buah nanas atas tempayan; Kalau sudi tuan terima, Cincin emas permata berlian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLabuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCeriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pauh atas permatang, Masak sebiji buah delima; Dari jauh saya datang, Kalau sudi minta terima. |
|
Tesaurus |
---|
| sudi (kata kerja) | Bersinonim dengan tidak keberatan bersedia, rela, sanggup, reda, suka, mahu, ingin, ambuh, embuh;, | | Kata Terbitan : bersudikan, mempersudikan, kesudian, |
|
Puisi |
---|
|
Kain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang.
Lihat selanjutnya... |
|