SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa oleh mengayam nyiru, Nyiru dianyam di atas bukit; Apa oleh menahan rindu, Kalau ditahan jadi penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan jari berkelur, Oleh membeli di kedai Cina; Suka di tangan kerana seekor, Suka di hati bawa merana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam kelapa dihempap pelepah, Tanam oleh anak Melayu; Besi kukembar lagi kupatah, Inikan pula dahan jambu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDatang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah. |
|
Tesaurus |
---|
| oleh-oleh (kata nama) | Bersinonim dengan cenderamata, buah tangan, pemberian, hadiah, cenderahati, tanda mata, ompang-ompang,
sagu hati, kurniaan, anugerah., | |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 357 One man's meat is another man's poison Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. Pejatian awak, kepandaian orang. Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi pejatian awak, kepantangan orang. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|