SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah betik dari Medan, Jual mari pasar Melaka; Cantik bulan di kaki awan, Memancar-mancar mengeluar cahaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak atas jambatan, Campak batu seorang satu; Ramai duduk di medan, Campak pantun seorang satu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan; Hendak kucuba di medan perang, Segala musuh hendak ditawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi. |
|
Tesaurus |
---|
| medan (kata nama) | Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan,
kalangan, alun-alun., | |
|
Puisi |
---|
|
Buah betik dari Medan, Jual mari pasar Melaka; Cantik bulan di kaki awan, Memancar-mancar mengeluar cahaya.
Lihat selanjutnya... |
|