SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu langla si laku-laku, Rumahlah besar berlantak paku; Kalaulah tuan kasihkan aku, Junjunglah sigup panjang sebuku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLalu gejis laku berjulang, Dimakan orang di rumah darat; Cakap baik tak usah juak dibilang, Kakandamu boleh menangkap kilat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaklah sudah makan di padang, Sudahlah laku banyak berkasih; Banyaklah abang sudah kupandang, Abanglah juak penghabis kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru; Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina belayar kolek, Hendak pandai menjaga kemudi; Kalau semua pilih yang cantik, Tidaklah laku kain kodi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku. |
|
Tesaurus |
---|
| laku (adjektif) | 1. Dalam konteks wang bersinonim dengan sah, boleh digunakan,
2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,
| Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku, |
|
Puisi |
---|
|
Lalu gejis laku berjulang, Dimakan orang di rumah darat; Cakap baik tak usah juak dibilang, Kakandamu boleh menangkap kilat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 363 Manners maketh man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|