SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKata cik puan merbah terbang, Kerana durian berbunga lagi; Jangan tuan cakap terbuang, Takut dia berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi. |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
Puisi |
---|
|
Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.
Lihat selanjutnya... |
|