SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunung Lingga berkarang-karang, Gunung beratur empat-empat; Abang gila saya tak larang, Asal tentu dengan tempat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHaluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur batu karang; Laksana nabi kasihkan umat, Begitu juga kasihkan tuan. |
|
Tesaurus |
---|
| karang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,
2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,
| Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang, |
|
Puisi |
---|
|
Cik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan.
Lihat selanjutnya... |
|