SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe bendanglah kami, Tidak berhuma lagi; Apa dipandang kepada kami, Kami tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBersilat kami tidak ku pandai, Siraung kami berdiri duduk; Kasih menahun tidaklah ku pandai, Kasih kami seumur hidup. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUjar khabar melambak janar, Melambak janar di tempurung bulu; Bukan kami hendak benar, Kami hendak maulu-ulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka. |
|
Puisi |
---|
|
Jangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 442 Like as two peas in a pod Sama rupa Salin tak tumpah We had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are like as two peas in a pod. Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti salin tak tumpah . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|