SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa tinggi pokok kubis, Tempat membuat ulam-ulaman; Sedikit lagi jiwa nak habis, Tempat berbudi kepada tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan kepala dua, Hanyut mayang dari hulu; Tidak tahan rasanya jiwa, Siang malam menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAjuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak raja di tepi telaga, Disuruh duduk untuk berhibur; Jikalau ada kasih dan jiwa, Tidur berdua tidak berlunjur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan. |
|
Tesaurus |
---|
| jiwa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus, Berantonim dengan jasad
2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup, Berantonim dengan zahir
3. Rujuk kasih kekasih
| Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.
Lihat selanjutnya... |
|