SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Amat orang pendekar, Pandai merapat haluan perahu; Ingat-ingat helang menyambar, Kalau tak dapat beroleh malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika Leman kekasih orang, Dipalit dengan tenun aksinya; Ingat-ingat abang seorang, Balik belakang ada gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak terlari-lari, Sampai di kedai membeli beras; Ingat-ingat orang negeri, Rimau berantai nanti lepas harimau/kiasan |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak pulang pulanglah puan, Jangat-jangat batang padi; Nak pulang pulanglah tuan, Ingat-ingat datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau nak dulang dulang puan, Jangat-jangat batang padi; Kalau nak pulang pulang tuan, Ingat-ingat jalan ke mari. |
|
Tesaurus |
---|
| ingat (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,
2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,
3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,
| Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan, |
|
Puisi |
---|
|
Hanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 606 Truth will come to light Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|