SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJikalau ada sumur di ladang, Pelangah baru saya jerangkan; Jikalau ada umur panjang, Belakang baru saya datangkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Amat mengail ikan, Dapat seekor ikan tenggiri; Selamat tinggal saya ucapkan, Panjang umur berjumpa lagi. |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Lihat selanjutnya... |
|