SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup berjalan di kota, Alamat hujan malam hari; Kalau hidup tak punya harta, Biarlah mati tinggalkan budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan. |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.
Lihat selanjutnya... |
|