SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKatang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu belayar berisi rambai, Hendak menuju Kuala Lukut; Tinggi jangan ingat mahu capai, Tuah orang jangan ikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di jalan raya; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke rumah saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. |
|
Puisi |
---|
|
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.
Lihat selanjutnya... |
|