KANDUNGAN
Kakitangan kerajaan dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. merbahaya atau berbahaya Kata tersebut berasal daripada kata dasarbahaya dan menerima awalan. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu tidak ada awalan mer-. Jadi, ejaan yang tepat ialah berbahaya. sri dan seri Kata sri sebenarnya digunakan untuk gelaran kehormat Tan Sri dan Puan Sri sahaja. Selain kegunaan gelaran kehormat tersebut, kata yang sepatutnya digunakan ialah seri sama ada untuk gelaran kehormat (seperti Dato’ Seri, Datin Seri dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) ataupun untuk menggambarkan keadaan atau suasana (seperti seri rumah, seri taman dan seri muka
|
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi.
Lihat selanjutnya... |
|