ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
zero waste | sisa sifar | ESG | Perihal pencegahan penjanaan sisa dengan mengubah suai reka bentuk, penggunaan dan kaedah pelupusan produk dengan matlamat tiada sisa dihantar ke tapak pelupusan. |
electronic waste | sisa elektronik | ESG | Buangan barangan elektrik dan elektronik yang tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, televisyen dan peti sejuk. Sinonim e-waste. |
e-waste | e-sisa | ESG | Lihat electronic waste. |
routine flaring | penyuaran rutin | ESG | Pembakaran sisa gas secara berkala semasa operasi biasa. Banding non-routine flaring. |
flare stack | cerobong suar | ESG | Serombong pembakar sisa gas. |
non-routine flaring | penyuaran bukan rutin | ESG | Pembakaran sisa gas secara tidak berkala semasa operasi biasa. Banding routine flaring. |
co-processing | pemprosesan bersama | ESG | Penggantian bahan mentah utama atau bahan api fosil dengan sisa industri. |
clean technology | teknologi bersih | ESG | Teknik atau kaedah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan mengehadkan penggunaan sumber asli, penghasilan sisa dan pelepasan karbon secara berlebihan. Sinonim cleantech. |
Sustainable Aviation Fuel (SAF) | Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) | ESG | Bahan api penerbangan yang dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui dan mampan seperti minyak terpakai, sisa bahan pertanian dan tanaman bukan makanan. |
sustainable consumption and production (SCP) | penggunaan dan pengeluaran mampan (SCP) | ESG | Penggunaan perkhidmatan dan produk keperluan asas dalam kitaran hayatnya dengan meminimumkan penggunaan sumber asli dan bahan toksik serta pelepasan sisa dan pencemar, untuk keperluan masa hadapan. |
|
Tesaurus |
---|
| sisa (kata nama) | Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;, | | Kata Terbitan : bersisa, menyisakan, |
|
|