ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
United Nations Principles for Responsible Investme | Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | ESG | Prinsip beraspirasikan pelaksanaan pelaburan secara bertanggungjawab oleh rangkaian institusi kewangan antarabangsa yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
faith-based investment | pelaburan berasaskan kepercayaan | ESG | Pelaburan yang selaras dengan prinsip moral atau agama untuk mengelakkan pelaburan dalam syarikat yang bercanggah dengan prinsip tersebut. |
Integrated Thinking Principles | Prinsip Pemikiran Bersepadu | ESG | Instrumen perancangan strategik untuk lembaga pengarah dan pengurusan bagi membantu menyediakan asas penciptaan nilai jangka panjang dan menerapkan amalan perniagaan mampan dalam organisasi. |
single materiality | ekakematanan | ESG | Prinsip pelaporan yang merangkumi satu dimensi, iaitu impak kewangan terhadap organisasi. |
double materiality | dwikematanan | ESG | Prinsip pelaporan yang merangkumi dua dimensi, iaitu impak dua hala terhadap kemampanan dan kewangan organisasi, dan alam sekitar atau sosial. |
pay equity | kesaksamaan upah | ESG | Prinsip pemberian gaji yang setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama tanpa mengira faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Banding pay inequity. |
Guiding Principles on Business and Human Rights | Prinsip Panduan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia | ESG | Set garis panduan untuk mencegah, menangani dan membaik pulih sebarang pelanggaran hak asasi manusia dalam operasi perniagaan. |
conscious capitalism | kapitalisme sedar | ESG | Prinsip perniagaan yang mementingkan hak dan kebajikan seluruh pekerja, masyarakat dan alam sekitar selain daripada mengaut keuntungan. |
Value Reporting Foundation (VRF) | Yayasan Pelaporan Nilai (VRF) | ESG | Organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang mengelola Prinsip Pemikiran Bersepadu, Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu dan Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan untuk membantu perniagaan dan pelabur memahami nilai perusahaan. |
United Nations Global Compact | Pakatan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | ESG | Usaha sama secara sukarela pihak swasta untuk melaksanakan prinsip kemampanan sejagat sejajar dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |