ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
governance | tadbir urus | ESG | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
whole-of-society approach | pendekatan segenap masyarakat | ESG | Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan seperti kerajaan, perniagaan, masyarakat dan individu dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk menangani cabaran alam sekitar dan sosial serta memastikan tadbir urus yang baik. |
supply chain transparency | ketelusan rantaian bekalan | ESG | Kejelasan maklumat dalam rantaian bekalan yang menyeluruh dan tersedia untuk diakses bagi kegunaan pemegang kepentingan. |
Integrated Reporting Framework | Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu | ESG | Rangka kerja bagi kaedah laporan menyeluruh yang menggabungkan maklumat kemampanan dan prestasi tahunan syarikat. |
integrated reporting | pelaporan bersepadu | ESG | Kaedah melaporkan gabungan maklumat kemampanan dan prestasi tahunan syarikat secara menyeluruh. |
just transition | peralihan saksama | ESG | Peralihan kepada industri, kaedah penjanaan tenaga, amalan pembuatan dan model operasi yang berkeamatan karbon lebih rendah di samping memastikan keseimbangan sosioekonomi secara menyeluruh. |
|
Tesaurus |
---|
| seluruh (kata tugas) | Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;, | | Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan, |
|
|