Kata |
Takrif |
Sumber |
eland | binatang mamalia dlm keluarga kijang yg terbesar, boleh mencapai sehingga 2 meter tinggi, dan mempunyai tanduk yg panjang dan berpintal di bahagian pangkalnya | Kamus Dewan Perdana |
elk | binatang mamalia besar dlm keluarga rusa yg berwarna coklat hingga ke hitam di bahagian atas badannya dan berwarna cerah pd bahagian bawah hingga ke kaki, mempunyai tanduk yg besar dan berbentuk spt tangan yg kembang. Binatang ini didapati di Eropah Utara, Amerika Utara, dan Asia Utara | Kamus Dewan Perdana |
embih | panggilan kpd anak perempuan drp keluarga baik-baik | Kamus Dewan Perdana |
Ebola | penyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976 | Kamus Dewan Perdana |
epok | bekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentu | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| keluarga (kata nama) | Bersinonim dengan kelamin, famili, sanak-saudara, seisi rumah tangga, suami dan isteri serta anak-anak, batih, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, kaum, kulasentana, kulawarga;, | | Kata Terbitan : berkeluarga, perkeluargaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 632 Don't wash your dirty linen in public Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar. Menepuk air di dulang The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|