Pantun |
Sumber |
Tema |
Tua bukan sebarang tua, Tua umur badanlah bongkok; Tuah bukan sebarang tuah, Tuah bersyukur imannya elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ada kain dilipat-lipat, Anak sulung sambut beradat; Panjang umur si tua keparat, Tidak terkena hukuman sebat. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Raja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Lama tidak pergi ke ladang, Burung turun ke batang padi; Kuharap umur panjang, Bila kita dapat berjumpa lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Lihat selanjutnya... |
|