Pantun |
Sumber |
Tema |
Putus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki ditikam tunga, Tunga kecil di dalam huma; Sakit hati melihat tangga, Tangga kecil berisi bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Labuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Naik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Biarlah orang menakuk tangga, Kita selalu bertangga naik; Biarlah orang berburuk sangka, Kita selalu bersangka baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| tangga (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,
2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,
| Kata Terbitan : bertangga, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 402 Misfortunes seldom come alone Malang sering kali datang bertimpa-timpa Sudah jatuh ditimpa tangga It is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|