Pantun |
Sumber |
Tema |
Bawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Teluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak-budak main ke tambak, Tempat lalu kereta kuda; Musim buah rambutan masak, Mengapa limau bertaruk muda? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Serai Acheh di atas tambak, Kerat daun tepi telaga; Bercerai kasih tiada bertalak, Sepuluh tahun balik juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Santubong ke Teluk Tambak, Tempatlah budak berjalan kaki; Hidung mancung bersenyum tidak, Di situ tempat gilaku mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Gayah menukang pari, Patah tambak gelombang satu; Bukan senang ambo ke mari, Sepok dek ombak gelombang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| tambak (kata nama) | Bersinonim dengan benteng, tembok, bendungan, tebat, empangan, ban, daik, permatang, tanggul, gili-gili, embarau, padak, ambak, dinding, bakut, buruj;, | | Kata Terbitan : menambak, |
|
Puisi |
---|
|
Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa.
Lihat selanjutnya... |
|