Kata |
Takrif |
Sumber |
bendungan | pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bendungan | permatang utk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendung | , = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendungan perihal atau perbuatan membendung; penahanan; pengempangan. pembendung 1 orang yg membendung. 2 alat yg digunakan utk membendung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bendung | = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1. menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2. ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendung 1. orang yg membendung. 2. alat yg digunakan utk membendung. | Kamus Pelajar |
bobol | Jk rosak dan hanyut (bendungan, jambatan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedah | 1. pecah, rabak, sobek (bkn bendungan dll): kerana hujan lebat, empangan itu telah ~; 2. berkaitan dgn (terlibat di dlm, digunakan utk) pembedahan: doktor ~; ilmu ~; perkakas ~; membedah 1. membelah mana-mana bahagian badan utk membuang atau merawat bahagian yg berpenyakit: kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh; 2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang utk melihat isi di dalamnya utk tujuan pembelajaran): ~ arnab;pembedahan perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupaseseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;pembedah 1. orang (doktor) yg membedah; 2. alat utk membedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaliri | Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alahan | 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalirkan | 1. menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah III | ; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
barrage | n 1. artificial barrier across a watercourse, bendungan rendah; 2. (mil) /bedilan, tembakan/ meriam yg bertalu-talu: the troops advanced behind a ~ of fire, askar-askar itu mara dgn berlindungkan tembakan meriam yg bertalu-talu; 3. (fig.) bertubi-tubi, bertalu-talu: a ~ of blows, pukulan yg bertubi-tubi; a ~ of questions, soalan yg bertubi-tubi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
time | against ~, mengejar masa: they are working against ~ to repair the dykes before the river rises futher, mereka bekerja mengejar masa utk membaiki bendungan sebelum air sungai naik lagi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
freewater | air tertambat | Tiada | air bendungan | Geografi |
held water | air tertahan | Tiada | air bendungan | Geografi |
dam | bendungan | Tiada | empangan | Geografi |
dam | dam, bendungan | empangan | empangan | Perhutanan |
dam | empangan/bendungan | empangan | empangan | Kejuruteraan |
congestion | kongesti/bendungan | kongesi | kongesti | Perubatan |
beaver dam | bendungan berang-berang | empang memerang | empang memerang | Perikanan |
cofferdam | empangan/bendungan kotak | empangan kekotak | empangan kekotak | Kejuruteraan |
barrage | empangan/bendungan rendah | empangan rendah | empangan rendah | Kejuruteraan |
arch dam | empangan/bendungan lengkung | empangan lengkung/ empangan gerbang | empangan gerbang | Kejuruteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
retention limit | had bendungan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tingkat maksimum risiko tertentu yang ditetapkan oleh syarikat pengendali takaful sebagai batasan dalam memberi perlindungan sesuatu skim takaful. Had bendungan ini mengukur tingkat kemampuan pengendali takaful untuk membayar nilai kerugian yang dialami oleh peserta. Risiko yang berada di bawah had bendungan sahaja yang boleh dilindungi dan dikenali sebagai risiko boleh takaful manakala risiko yang melebihi had bendungan tidak boleh dilindungi dan dikenali sebagai risiko tak boleh takaful. Had bendungan ditentukan oleh penaja jamin berdasarkan konsep aktuari. |
net retention | bendungan bersih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bendungan bersih: Amaun insurans yang tidak diinsuranskan semula oleh syarikat mengesid. |
access treaty | triti lebihan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perjanjian yang menghendaki syarikat takaful semula menerima bahagian risiko yang melebihi had bendungan syarikat pengendali takaful. Penerimaan risiko lebihan ini tertakluk kepada jumlah maksimum tertentu. Had bendungan ditentukan oleh syarikat pengendali takaful manakala jumlah maksimum lebihan ditentukan oleh syarikat takaful semula. Kedua-dua syarikat berkenaan akan berkongsi bayaran caruman dan kerugian mengikut nisbah bahagian risiko masing-masing. |
barrage | bendungan | Geografi | Tiada | Tiada |
barrage | bendungan | Geografi | Tiada | Tiada |
retention | bendungan | insurans | Tiada | lih. lini terbendung. |
barrage | bendungan/ baraj | Alam Sekitar | Tiada | Tiada |
risk retention | bendungan risiko | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menanggung sendiri risiko tanpa menggunakan kaedah lain seperti insurans atau pengelakan risiko. |
risk retention | bendungan risiko | Ekonomi | Tiada | Tiada |
net retention | bendungan bersih | insurans | Tiada | Amaun insurans yang tidak direinsuranskan oleh syarikat mengesid. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bendungan | [ben.du.ngan] | بندوڠن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendungan |
|
|