Kata |
Takrif |
Sumber |
daik | benteng atau tembok panjang yg dibuat drpd tanah dll utk menahan air dan mencegah banjir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daik | benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daik | benteng atau tembok panjang yg dibuat drpd tanah dll utk menahan air dan mencegah banjir. | Kamus Pelajar |
tetakan | hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetak I | luka ~ luka kerana diparang (dibacok); bertetakan saling mengenakan parang dll kpd, saling membacok, parang-memarang: maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis; menetak memotong (mengerat dll) dgn sen-jata tajam yg diayun kuat-kuat, memancung, memarang, membacok: petani itu telah ~ lembu yg memakan padinya; ~ meramu menebang kayu-kayan utk membuat rumah; tetak-menetak saling menetak, bertetakan; menetakkan memarangkan; tetakan hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik; penetakan perbuatan menetak, pemarangan, pemancungan, pembacokan; penetak 1. orang yg menetak, pemarang, pemancung, pembacok; 2. alat utk menetak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dyke | n 1. embankment, daik: much of Holland is protected from the sea by ~s, sebahagian besar negara Belanda dilindungi drpd laut oleh daik; 2. (colloq & derog) lesbian, lesbian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
encroaching | adj (of sea) semakin /masuk ke, makan/ daratan:dykes were built to hold back the ~ sea, daik dibina utk menahan laut yg semakin masuk ke daratan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
defence | 3. device which protects, a. (mil) pertahanan, alat pertahanan: the ~s of a city, pertahanan bandar raya; machine guns are a good ~ against attacks, mesingan merupakan alat pertahanan yg baik utk mematahkan serangan; b. (non-military), [various translations]: dykes were built as a ~ against the sea, daik dibina sbg pelindung drpd ancaman laut; white corpuscles are one of the bodys ~ es against germs, sel-sel putih merupakan salah satu bahan yg boleh mencegah kuman drpd masuk; 4. justification, membela diri: without listening to my ~ the board decided to take disciplinary action against me, tanpa memberi saya peluang untuk membela diri pihak lembaga membuat keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib thdp saya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. |
cross rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 712. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
semenjak | daik. | kedayan | |
dari | daik. | kedayan | |
jamak | banyak, labih daik satuk. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
daik | [dai/] | داءيق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata daik |
|
Puisi |
---|
|
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka.
Lihat selanjutnya... |
|