Pantun |
Sumber |
Tema |
Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali gerap tali pendengung, Rendang lada simbul pulih; Jangan diharap bunga kembang, Bila tahun hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali kail sangkut ke akil, Dilempar masuk ke ternpat kuda; Hati kecil lutut menggigil, Mendengar datuk memikat janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali halus untuk pembalut, Galah juga akan meretasnya; Kami lurus diajar belut, Allah juga akan membalasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tali kecapi disebut orang, Bila dipetik bunyinnya nyaring; Hatiku ini mabuk kepayang, Kerana adik sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| tali (kata nama) | Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;, | | Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 371 All men are mortal Semua orang pasti mati. Mana tali berpunca tak berhujung? I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must mortal. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mana tali berpunca tak berhujung? Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|