Pantun |
Sumber |
Tema |
Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Elok parang kerana tajam, Mata tajam banyak gunanya; Elok orang adatnya faham, Kerana faham nampak mulianya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
|
Tesaurus |
---|
| tajam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan, Berantonim dengan tumpul
2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding, Berantonim dengan pepat
3. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding, Berantonim dengan lunak
| Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 599 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|