Pantun |
Sumber |
Tema |
Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Mandi kuda di tepi kolam, Sudah mandi bawa pulang; Sungguh ada senjata tajam, Mahu dihiris daging dan tulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh banyak orang menangguk, Tangguk tidak ada yang kena; Sungguh banyak orang yang mabuk, Mabuk itu tiada berguna. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh elok berbatang lebat, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bertaubat, Hidup tenang tak ada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi.
Lihat selanjutnya... |
|