Pantun |
Sumber |
Tema |
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Besar buah kerana subur, Bila masak tentu perisa; Benar petuah berkata jujur, Bila tidak tentu binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa lalang menjadi subur, Kerana dah lama orang tak lalu; Mengapa orang menjadi takbur, Kerana dadanya kurang berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walaupun pinang tak mahu subur, Jangan pula hendak ditebang; Walaupun orang tak mahu menegur, Janganlah pula awang meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bakut ditanam dengan selasih, Tumbuh subur kayu jati, Sanggup kutelan hempedu kasih, Asal tercapai hajat di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lembah Saji berbukit-bukit, Tumbuh subur cendawan bunga; Allah menguji baru sedikit, Siapakah dapat melawan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang sawah, Bila tak subur teruklah tulang; Bukan mudah memegang sumpah, Bila tak jujur dikutuk orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buluh perindu di lereng bukit, Tumbuh subur di dalam semak; Hati merindu jadi penyakit, Mata tak tidur badanku rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| subur (adjektif) | 1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,
2. Dalam konteks badan bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,
3. Dalam konteks berkembang pesat bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,
| Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan, |
|
Puisi |
---|
|
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Lihat selanjutnya... |
|