Pantun |
Sumber |
Tema |
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Menganyam pandan si dara jelita, Memakai baju kain sutera; Tidak kita menanggung derita, Kerana hidup aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Taat laki sayang ke bini, Sayang sampai ke hari tua; Adat berdiri tenang negeri, Orang ramai hidup sejahtera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| sejahtera (adjektif) | Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;, | | Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan, |
|
|