Pantun |
Sumber |
Tema |
Musuh bukan sebarang musuh, Musuh kerana dendam kesumat; Rusuh bukan sebarang rusuh, Rusuh kerana abang berangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji pauh ditanam orang, Sudah besar berbuah pula; Hati rusuh bukan kepalang, Habislah sabar menanti dinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika dayung tidak kuat, Sekali rengkuh patah berderak; Jika kampung tidak beradat, Negeri rusuh umat berserak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| rusuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kacau-bilau: huru-hara, gempar, terganggu, tenar, cabuh, rangak, Berantonim dengan aman
2. Bersinonim dengan tidak sopan: kasar, biadab, tidak beradab, tidak berbasa, tidak senonoh, Berantonim dengan sopan
| Kata Terbitan : merusuh, rusuhan, perusuhan, perusuh, |
|
|