Pantun |
Sumber |
Tema |
Dari Medan naik Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Dari medan naik ke Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi. | Pantun Melayu Sarawak | Asap Api |
Bila berjalan menuju ke sumur, Bawa basahan buat penutup; Apabila puan mahu menegur, Rela kupuja seumur hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa tanda pancang pembelat, Sama condong bawah dan atas; Apa tanda orang beradat, Rela menolong tak minta balas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila menimbang kacang belimbing, Sudah cukup dibawa pergi; Bila kukenang abang berpaling, Daripada hidup rela kumati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ya Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika berulam buah pedada, Mari duduk di tikar mengkuang; Jika ilmu penuh di dada, Beri bantuan rela menyumbang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| rela (kata kerja) | Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;, | | Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan, |
|
Puisi |
---|
|
Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.
Lihat selanjutnya... |
|