| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Daripada cincin eloklah rantai, Rantai dibuat penghias diri; Daripada licin elok bermisai, Misainya dapat penapis kopi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bergelang batu berantai dua, Mana yang rantai mana yang tidak; Mana satu kekasih kitak berdua, Mana dikasih mana yang tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bukan palu sebarang palu, Palu gada bertali rantai; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu kerana kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Budak-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai; Kalau kutakut dilambung ombak, Tak ku berumah di tepi pantai. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | rantai (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,
2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,
| | Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian, |
|
| Puisi |
|---|
|
Budak-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai; Kalau kutakut dilambung ombak, Tak ku berumah di tepi pantai.
Lihat selanjutnya... |
|