Pantun |
Sumber |
Tema |
Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tengah berburu hari pun petang, Rasanya letih perut pun lapar; Tengah merayu lakinya datang, Muka pun putih lutut gementar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jerat dipasang hari pun terang, Hendak pulang badan pun letih; Niat memang mencari bujang, Tak ada bujang duda pun boleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Ini rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rasau pun patah hanyut terapung, Batang mayang dibuang jangan; Walau kita berlainan kampung, Kasih abang dibuang jangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu zuhur orang pun azan, Hati sejuk tegak pun sabar; Hati hancur mengenang tuan, Pergi merajuk tidak berkhabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
Puisi |
---|
|
Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 249 Something is better than nothing Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung. Asal ada kecil pun pada We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all. Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|