| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Asian rumput asian, Diparang rumput limpata; Tegak kita pada perjanjian, Menyambut sirih pinang kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bila orang menuba ikan, Tentu banyak mati terapung; Bila abang lupa perjanjian, Tentu retak tali penyambung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bagaimana lagi hendak berhelat, Pengantin sudah lama menghilang; Bagaimana kami hendak mendekat Perjanjian sudah lama dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Jong ditembak menggugah alam, Batang tiang buat gantian; Tidur tersentak di tengah malam, Kenang-kenanglah pada perjanjian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | janji (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,
2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,
| | Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian, |
|
|