Pantun |
Sumber |
Tema |
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mogok sana mogok sini, Konon tuntut kedamaian Negara; Sogok sana sogok sini, Kerana nak jadi jutawan segera. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kereta kita Proton Saga, Tujuh jenama keluaran Negara; Biar pandai berurus niaga, Mimpi jangan jutawan segera. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
|
Tesaurus |
---|
| negara (kata nama) | Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua,
nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar., | |
|
Peribahasa |
---|
| 500 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Di mana ranting patah, di situ air disauk You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|