Pantun |
Sumber |
Tema |
Musuh bukan sebarang musuh, Musuh kerana dendam kesumat; Rusuh bukan sebarang rusuh, Rusuh kerana abang berangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kita tidak mencari suluh, Suluh dipasang pantang diserakkan; Kita tidak mencari musuh, Musuh datang pantang dielakkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kita tidak mencari suluh, Suluh datang diberi api; Kita tidak mencari musuh, Musuh datang kita menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa takut sembahyang subuh, Subuh datang sembahyang ditegakkan; Mengapa takut menentang musuh, Musuh datang pantang dielakkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai; Senjata simpan dalam peti,senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Seribu buluh ditebang orang, Apatah lagi buluh sebatang; Seribu musuh ditentang orang, Apatah lagi musuh seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daripada pergi menyerang musuh, Elok berdagang mencari untung; Daripada menanti abang yang jauh, Eloklah mencari orang sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sifat jantan gagah berani, Terhadap musuh pantang mengelak; Adat berjalan bertuah negeri, Hidup senonoh terbilang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sukalah hati memakai pedang, Kalau dicabut musuh pun lari; Sukalah hati misai melintang, Walaupun penakut disangka berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| musuh (kata nama) | Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak,
petualang, antagonis, udu;, | | Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.
Lihat selanjutnya... |
|