Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
antogonist | antagonis | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang menentang protagonis dalam cereka atau drama. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cereka. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Marcbeth, Macolm sebagai antagonis dan macbeth merupakan protagonis. Banding protagonis. |
chemical antagonist | antagonis kimia | Sains Kesihatan | Tiada | antagonis kimia yang merencat kesan bahan kimia yang lain. |
competitive antagonist | antagonis bersaing | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang tindakannya boleh diatasi dengan penambahan dos agonis. |
physiological antagonist | antagonis fisiologi | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis yang merangsang proses fisiologi yang berlawanan dengan rangsangan agonisnya. |
reverse antagonist | antagonis terbalik | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang memberikan rangsangan apabila bertindak pada reseptor agonis. |
noncompetetive antagonist | antagonis tak bersaing | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang tindakannya bertindak pada tempat tindakan yang sama tetapi tidak dapat dibalikkan dengan penambahan dos agonis. |
uncompetetive antagonist | antagonis tanpa saingan | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang bertindak pada tapak tindakan yang berlainan dan kesannya tidak dapat diatasi. |
(antagonist-agonist) partial | separa (antagonis-agonis) | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang menyebabkan perencatan pada reseptor pertama dan pada masa yang sama merangsang reseptor kedua. |
antagonist | antagonis | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang bertindak untuk menstabilkan ketegangan yang wujud daripada penjanaan daya oleh otot agonis. Contohnya, jika otot agonis menguncup, otot antagonis akan mengendur untuk membolehkan berlakunya pergerakan. Banding agonis. |
protagonist | protagonis | Kesusasteraan | Tiada | Watak utama dalam sesebuah cereka atau drama. Watak protagonis mungkin watak baik atau jahat bergantung pada plot cereka. Watak protagonis merupakan penyokong atau penentang utama sesuatu perjuangan atau gerakan. Dalam epik Ramayana, protagonis ialah Sri Rama, sementara Ravana merupakan antagonis. Dalam drama Macbeth, Macbeth merupakan protagonis dan Macolm sebagai antagonis. Banding antagonis. |