Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Musuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan.

Takrif

Permusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Musuh dalam selimut.

Takrif

Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput.

Takrif

Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput.

Takrif

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diam-diam lepu.

Takrif

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pencuri dalam selimut.

Takrif

Musuh yang tiada diketahui.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kelik-kelik dalam baju.

Takrif

Musuh dalam selimut. kelik-kelik = semut yang berbisa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggedangkan anak harimau.

Takrif

Memelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mendengarkan cakap enggang.

Takrif

Mendengarkan pujukan musuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memelihara penyengat dalam baju.

Takrif

Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.



Lihat selanjutnya...